Pages

Dari Hati CEO



    Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan Sang Lebah Makhluk Yang ISTIMEWA menerima wahyu langsung dariNya. Madu dan hasilan Sang Lebah menjadi PENAWAR 1001 penyakit makhluk ciptaanNya. Dia menganugerahkan keistimewaan kepada Sang Lebah mencari dan mengumpul khasiat   dari bunga-bungaan juga buah-buahan untuk Sang Manusia. Dari kalamNya, Tersisip satu surah khusus untuknya, Surah AN NAHL..

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia.”
[QS. An-Nahl : 68]

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”
[QS. An-Nahl : 69]


Tetapi malangnya Sang Manusia jarang memikirkan dan memahami setiap sesuatu yang diciptakan ada hikmah yang perlu dihargai serta disayangi. Terjadi pelbagai kerosakkan di muka bumi hasil tangan-tangan manusia mengakibatkan Alam dan Sang Lebah sengsara. Sekecil Sang Lebah mampu menyumbangkan jasa seluruh alam. Hargailah jasa Sang Lebah untuk kesinambungan alam sejagat.

Kami di TrigoTECH Bee Farm beriltizam mencipta kaedah penternakan lebah kelulut yang LESTARI, MESRA dan SISTEMATIK selaras dengan firman Allah di dalam ayat 68 surat An Nahl. Kami percaya dan komited akan berjaya merealisasikannya. Setelah kami berusaha sekian lama untuk mendapatkan binaan yang paling sesuai, Alhamdulillah kami panjatkan syukur pada Allah kerana dengan izinNya, terciptalah TrigoTECH Hive 4.0 yang betul-betul memenuhi kriteria terbaik sebagai sarang buatan manusia yang diperlukan oleh Sang Lebah. InsyaAllah, bermula 2016 ini, Kami di TrigoTECH Bee Farm beriltizam akan menyebarluaskan kaedah ini ke seluruh Malaysia supaya industri ini lebih LESTARI, MESRA dan SISTEMATIK dan tidak lagi bergantung kepada koloni liar yang akan menyumbang kepada kemusnahan alam.

Akhir kalam, saya bagi pihak TrigoTECH Bee Farm memohon jasa baik seluruh warga Malaysia agar kita dapat bersama-sama menjadikan impian ini suatu kenyatan. Segala kerjasama dan sokongan Warga Malaysia terhadap industri ini, kami terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Semoga anda sentiasa sukses…

En. Mohd Izuddin Mohamad (IZZI)

Pengasas 
Raja Kelulut Malaysia
TrigoTECH Bee Farm

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India